malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Zakir Naik di UUM: Teo perlu letak jawatan - MCA
Diterbitkan:  Apr 11, 2019 3:50 PM
Dikemaskini: 7:50 AM
ADS

MCA menggesa Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching supaya meletak jawatan kerana menyatakan Universiti Utara Malaysia (UUM) mempunyai autonomi untuk mengundang penceramah kontroversi Zakir Naik untuk bercakap di kampus institusi pengajian tinggi itu.

Naib Presiden MCA Ti Lian Ker berkata timbalan menteri sepatutnya menasihatkan UUM mengenai kemungkinan kerosakan dan pengaruh negatif Zakir terhadap penuntut universiti berkenaan.

"(Daripada melakukan ini) beliau memilih cara mudah dengan memetik perkataan 'autonomi' ... dan melarikan diri daripada tanggungjawabnya kepada rakyat Malaysia yang mengundinya," katanya.

Ti berkata DAP pernah menerbitkan kenyataan media di laman webnya pada 2017 yang menggambarkan pendakwah kelahiran India itu sebagai "liabiliti jelas kepada Malaysia."

DAP perlu tegur Teo

Pemimpin MCA juga berkata DAP mesti mengingatkan, menegur atau mengambil tindakan disiplin terhadap timbalan menteri berkenaan isu ini.

"Sebaliknya (jika gagal berbuat demikian), Teo perlu meletak jawatan kerana gagal mempertahankan dan menyederhanakan 'Malaysia Baru' daripada pihak pelampau ...," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Terdahulu, Teo telah ditanya berkaitan tindakan universiti itu mengundang Zakir berceramah berkaitan peranan umat Islam sebagai golongan profesional di UUM, pada Khamis minggu depan.

“Saya rasa universiti yang kena jawab perkara ini.

"Ini sebahagian daripada autonomi mereka,” katanya.

The Star pula memetik Teo berkata: "Biarlah universiti menjawabnya dahulu."

Bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa bertemu dengan Zakir dan menyifatkan usaha dakwah beliau menjadi sumber inspirasi.

Bagaimanapun, beberapa bulan sebelum itu, menteri di JPM berkata gaya dakwah Zakir tidak sesuai untuk Malaysia dan membayangkan kaedah memperlekehkan agama lain sebagai tidak wajar.

Sebelum ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Putrajaya tidak akan mengusir Zakir, yang merupakan pemastautin tetap Malaysia, walaupun terdapat permohonanekstradisi dari India.

Pihak berkuasa India sedang menyiasat pendakwah tersebut atas tuduhan pengubahan wang haram dan membuat ucapan kebencian.

Walau bagaimanapun, Zakir mendakwa beliau menjadi mangsa tuduhan palsu dan kumpulan fanatik agama di India yang mahu mencemarkan nama baiknya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen