malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ketika Najib diasak, Tajuddin kata ‘I smell rat’
Diterbitkan:  Apr 10, 2019 6:18 PM
Dikemaskini: 10:28 AM
ADS

Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mungkin adalah antara pengkritik kerajaan paling lantang di barisan pembangkang tetapi dia hanya berdiam diri ketika Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamad Azmin Ali merobek Najib Razak (BN-Pekan) kerana meletakkan dana RM2 bilion Felda dalam risiko dalam perjanjian Eagle High.

Sebaliknya, Tajuddin berkata beliau juga mempunyai syak wasangka ketika perjanjian itu ditandatangani.

“Berkenaan Eagle High ini, saya sendiri bangkitkan berhati-hati kerana pada msa itu, secara peribadi, saya sudah meraskan, I smell (a) rat. I smell (a) rat. I was against it,” katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Tajuddin beliau curiga dengan beberpa laporan mengenai Eagle High Plantations Tbk dan meminta siasatan dijalankan.

“Banyak tanah dia yang kosong yang tidak ada tanaman (ladang),” katanya,

Tajuddin berkata beliau telah membangkitkan kebimbangan, tetapi tidak dapat meyakinkan perdana menteri ketika itu.

“Jangan tuduh kita seolah-olah bisu. kita bercakap. Tetapi... serupa lah, Langakwi (Mahathir Mohamad), katanya sambil mengangkat bahunya.

“Semua boleh cakap tapi keputusan Langkawi buat. Takkan tak fahamkan,” katanya.

Bagaimanapun, Azmin mencelah Tajuddin, dan mengingatkannya supaya tidak membandingkan Najib dengan Mahathir dan menggambarkan mereka sebagai "bumi dan langit".

“Saya tidak samakan, saya kata sistem, sistem dalam kita berpersatuan, ketua buat keptusan,” kata tajuddin.

Najib tidak hadir di Dewan Rakyat kerana terpaksa berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Azmin menyampaikan ucapan penggulungannya selepas membentangkan Kertas Putih Felda di Dewan Rakyat hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen