malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Anwar tak anggap telagah Dr M, istana serius
ADS

PARLIMEN | Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak menganggap pertelagahan antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan istana Johor sebagai suatu yang serius.

Ketika ditanya mengenai hal tersebut di lobi parlimen hari ini, beliau menjawab: "Tiada... kita ikut proses undang-undang perlembagaan biasa."

Anwar enggan mengulas lanjut pertelingkahan antara Mahathir dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata beliau memfokuskan kepada masalah ekonomi.

"Sekarang kita tumpu masalah ekonomi, saya lepas kempen semalam, tumpu baca laporan Felda yang tidak mudah," katanya.

Mahathir dan Tunku Ismail terlibat dalam perang mulut mengenai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), yang telah dimeterai Malaysia kira-kira sebulan dahulu tetapi terpaksa ditarik balik penyertaannya pada minggu lalu.

Putera Johor itu merupakan penentang yang lantang membantah Statut Rome mendakwa ia mengancam kedudukan Yang di-Pertuan Agong, Melayu dan Islam.

Parti politik bukan istana

Semalam, Mahathir berkata Tunku Ismail berhak mengkritik kerajaan tetapi tindakan akan diambil jika baginda membuat kenyataan menghasut.

Kemudian, TMJ membalas kenyataan perdana menteri dengan “mempersilakan” Mahathirmengambil tindakan terhadapnya selepas mengkritik usaha kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom.

“Sila. If i have to go down kerana menegakkan perlembagaan/ constitution, raja-raja Malayu, dan Islam.

“Dengan apa-apa cara pun. Kamu tahu di mana hendak cari saya," kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Twitter baginda.

Sementara itu, Anwar juga ditanya mengenai kenyataan perdana menteri pagi ini bahawa bukan istana yang menang pilihan raya, sebaliknya parti politik yang akan menentukan siapa menteri besar Johor.

MP Port Dickson berkata perlembagaan cukup jelas mengenai hal ini.

"Perlembagaan itu jelas. PM hanya rujuk perlembagaan yang mendapat majoriti tetapi tentulah mesti mendapat perkenan diraja, itu biasalah.

"Tapi dari segi keputusan itu maknanya..DUN atau parlimen orang yang mendapat mandat/ kepercayaan majoriti dewan, peruntukan dalam perlembagaan itu jelas.

"Saya fikir, perdana menteri benar-benar merujuk kepada taksiran undang-undang terhadap perlembagaan," jelasnya.

Semalam, Tunku Ismail bertitah menunjukkan isyarat bahawa keputusan akhir untuk memilih menteri besar Johor dibuat oleh sultan dan bukan Mahathir.

"Titah untuk tukar menteri besar dah lama. Tetapi orang lain pula nak ambil kredit dan mileage, kononnya dia arahkan.

"Ke bawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar MB sejak berbulan lalu. Jangan lupa, kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak Sultan. Cukup-cukuplah politicking," tulisnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen