BERITA

Pejabat Felda 'sesak' dengan 100 kereta baru, dakwa Anwar

Kow Gah Chie

10 4月 2019, 7:57 早上

Dikemaskini 2 tahun lepas

A
+
A
-

PARLIMEN | Ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur 'penuh sesak' dengan seratus kereta baru yang dibeli pengurusan lembaga itu, menurut Anggota Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu membuat dakwaan tersebut ketika menyentuh keputusan kerajaan menyuntik dana RM6.23 bilion untuk memulihkan Felda, ketika perbahasan Kertas Putih lembaga itu di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menggesa kerajaan memperincikan bagaimana dana itu akan digunakan.

"Ini kerana dalam keadaan Felda bermasalah (bleeding), saya difahamkan ada seratus kenderaan baru dibeli Felda.

"Lihat ibu pejabat Felda, penuh sesak dengan kereta baru. Mungkin (kereta itu) dipesan sebelum ini, tapi ini perangai lama pengurusan yang perlu dibetulkan.

"Rakyat, peneroka susah tetapi masih beli kereta baru kononnya ada keperluan mendesak," katanya.

Katanya lagi, kos operasi Felda meningkat daripada RM400,000 kepada RM1.4 bilion ketika Isa Samad menjadi pengerusi, dan angka itu kekal sehingga kini.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV), dan berkata pejabat presiden syarikat itu empat kali ganda lebih besar daripada pejabat perdana menteri.

[Berita lanjut menyusul]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Komen