malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mungkin Anwar mahu jadi presiden Umno, usik Tok Mat
ADS

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan hari ini berjenaka dengan mengatakan Anwar Ibrahim mungkin mahu mengetuai parti komponen BN itu.

Mohamad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan presiden PKR itu yang meramalkannya tidak akan menjadi presiden Umno.

“Saya rasa dia nak kita simpan tempat (jawatan presiden Umno) untuk dia,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan BN di Rantau, hari ini.

Mohamad bagaimanapun lantas menambah bahawa beliau hanya bergurau.

“Tak ada lah gurau je,” katanya sambil tersenyum.

Semalam Anwar membuat ramalan itu susulan banyak pihak yang bertanya kepadanya bagaimana cara untuk melawan Mohamad.

"Itu telahan saya. Pemahaman politik saya. Saya dalam Umno pun lama. Saya (pernah jadi) timbalan presiden dan pemangku presiden (Umno)," kata Anwar.

Mohamad Hasan atau lebih mesra dipanggil Tok Mat merupakan calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Rantau yang dijadual pada 13 April ini.

Mohamad memangku tugas presiden Umno daripada penyandangnya, Ahmad Zahid Hamidi yang yang bercuti pada Disember lalu selepas berdepan pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah di mahkamah.

Lihat Komen