malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Tragedi NZ bawa kesedaran Islamophobia di Sidang IPU
ADS

ULASAN | Malaysia telah di tugaskan untuk mempengerusikan Mesyuarat "Asean+3" - Jepun, China dan Korea, pada hari pertama mesyuarat Inter Parliamentary Union (IPU), di Doha, Qatar.

Mesyuarat IPU ke-140 di hadiri oleh wakil parlimen dari 160 negara dengan 2,000 wakil dari seluruh dunia.

Sebagai ketua delegasi Malaysia saya telah mempengerusikan Mesyuarat kumpulan "ASEAN + 3" tersebut di mana 5 Negara dari badan induk IPU telah mengemukakan usul tergempar.

Usul-usul tergempar tersebut di kemukakan oleh lima negara ia-itu Maghribi, Indonesia, Kuwait, Belanda dan Turki. Empat dari usul tersebut melibatkan isu kezaliman atas minoriti termasuk nasib Palestin, Uighur dan Rohingya serta pembunuhan di masjid di New Zealand.

Jelas di kalangan kebanyakan ahli-ahli IPU, termasuk juga yang bukan Islam, mereka melihat penindasan dan kezaliman ke atas kaum minoriti makin ketara dan menjadi jadi.

Gerun, merebak luas

Penindasan ke atas umat Palestin merupakan kebimbangan utama bukan hanya atas keberanian Israel dengan bantuan Amerika Syarikat (AS), tetapi juga kerana mereka di abaikan oleh jiran seagama dan bangsa mereka sendiri ia itu Arab Saudi dan Mesir.

Bukan sahaja tanah mereka di rampas melalui penaklukan oleh Israel, tetapi maruah mereka dicemari dengan provokasi pengistiharaan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel dengan sokongan AS.

Penderitaan kaum minoriti Rohingya di Myanmar juga mencuri perhatian Negara-negara ahli IPU yang menggesa perhatian dan tindakan lebih cepat dan tegas di ambil untuk membantu mereka.

Islamophobia adalah fenomena yang paling mengerunkan dan merebak begitu luas sehinggakan negara yang begitu aman dan terpencil ,New Zealand, di landa pembunuhan 50 umat Islam semasa mereka sedang solat Jumaat.

Islamphobia juga menular di Australia, Amerika Syarikat dan Peranchis di mana orang Islam sering menjadi sasaran cemuhan dan serangan fisikal.

Jawatankuasa Kumpulan Asean+3 telah bersetuju mengesyorkan kelima-lima usul tergempar kepada jawatankuasa badan induk IPU untuk menimbang penerimaan usul usul tersebut memandangkan betapa seriusnya fenomena Islamophobia hari ini.

Apa yang nyata walaupun negara bukan Islam kuasa besar seperti China, Jepun dan Korea berada dalam kumpulan Asean+3 dan hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei mempunyai majoriti rakyat Islam, negara-negara bukan Islam lain dalam kumpulan ini juga menyokong penuh resolusi membela minoriti Islam yang teraniaya.

Pada petangnya setelah Malaysia melapur sokongan dari kumpulan "Asean+3" kepada Jawatankuasa "Asia dan Pasifik", sekali lagi resolusi tersebut di sokong untuk di terima dan terus di bawa ke Jawatankuasa utama Induk ICU - Inter Parliamentary Union .

Usur melalui I.P.U. ini kelihatan lebih bersemangat dan berkesan dari usur usur lepas yang di bawa olih OIC- Organisation of Islamic Council, atau Arab League yang telah berkali kali meluluskan usur demi usur tampa tindakan yang bermakna atau berkesan sehingga hari ini kelihatan begitu lemah dan tampa pengaruh lagi.

Islamophobia makin menular dan peristiwa hitam di New Zealand telah membawa kesedaran baru dan simpati kepada kaum minoriti yang perlu di lindungi dari penindasan yang berterusan.

Semoga sidang IPU ke 140 yang akan berakhir pada 10 April membawa harapan serta kesedaran baru untuk semua kaum minoriti Islam atau bukan Islam di seluruh dunia.


RAJA BAHRIN SHAH ialah anggota Dewan Negara, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pengerusi PH Terenganu. Beliau merupakan Ketua Delegasi Parlimen Malaysia ke Sidang Inter Parliamentary Union (IPU) ke-160, di Doha, Qatar.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen