malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Jual Equanimity bukti skandal 1MDB berlaku - Guan Eng
ADS

PRK RANTAU | Penjualan kapal mewah Equanimity dengan harga AS126 juta membuktikan skandal 1MDB benar-benar berlaku, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Mereka cakap itu 1MDB tipu kalau tipu macam mana kita boleh jual kapal mewah ini dengan harga US$126 juta.

"(Penjualan) itu bukti 1mdb betul-betul berlaku. Banyak harta kita nak kumpulkan balik. Ia perlukan masa sebelum kita boleh kutip balik.

"Ini kapal layar Equanimity bukan tipu. Beg-beg mewah itu bukan tipu orang. Beg-beg wang tunai banyak-banyak bukan tipu orang," kata Lim pada majlis ceramah di Kuala Sawah, Rantau malam tadi.

Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dipercayai membeli Equanimity pada 2014 menggunakan dana AS$250 juta yang didakwa diselewengkan dari 1MDB.

Rabu lalu, Peguam Negara Tommy Thomas mengumumkan Genting Malaysia Bhd membeli kapal tersebut.

Pada malam semalam juga, Presiden Umno, Mohamad Hasan yang berceramah di suatu majlis lain menegur pentadbiran PH yang sentiasa bercakap mengenai 1MDB dan tiada hala tuju dalam mengendalikan negara.

Beliau juga mengulangi persoalan kenapa pentadbiran PH belum menyelesaikan skandal 1MDB selepas sepuluh bulan mengambil alih kerajaan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen