malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kedai roti The Loaf dibuka semula
Diterbitkan:  Apr 5, 2019 9:26 AM
Dikemaskini: 1:42 AM
ADS

Kedai roti premium The Loaf yang pernah dimiliki oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini telah dibuka semula pemilik barunya, syarikat pembinaan Ekovest Bhd.

Pengerusi Eksekutif Ekovest Lim Kang Hoo berkata keputusan untuk menghidupkan semula jenama tersebut dilakukan melalui syarikat milik penuhnya, Duke Dining Sdn Bhd, dengan membeli kesemua kepentingan The Loaf.

CEO syarikat pembinaan itu menjelaskan usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada rancangan Ekovest untuk menembusi sektor makanan dan minuman (F&B).

“Kami juga memiliki sebuah restoran bintang Michelin yang dikenali sebagai Xin Dau Jin di Pasaraya Eko Cheras, dan merancang untuk membeli lebih banyak aset F&B,” katanya lapor Free Malaysia Today.

Pada April tahun lalu, Mahathir dilaporkan berkata beliau cuba menjual kedai roti premium itu bagi mendapatkan dana kempen untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

The Loaf sebelum ini merupakan usaha sama antara Mahathir dan sebuah syarikat berkepentingan Jepun, Motoko Resources Sdn Bhd.

Ia mempuyai 12 cawangan di seluruh negara, ditutup serta-merta April tahun lalu setelah beroperasi selama 12 tahun.

Mahathir mempunyai 51 peratus kepentingan dalam syarikat ditutup itu.

Daripada 12 cawangan tersebut, setakat ini Ekovest telah membuka semula empat kedai The Loaf iaitu cawangan di Langkawi, Pavilion, Sunway Pyramid dan Nu Sentral.

Untuk rekod, cawangan pertama The Loaf di Telaga Harbour, Langkawi dibuka pada 2006 antara lain merupakan salah satu rancangan persaraan Maahthir.

Namun, beliau kembali aktif dalam politik sejak 2016 dengan tampil mengkritik kepimpinan Najib Razak ketika itu.

Lihat Komen