malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mat Hasan: Kekalahan PKR tak jejas peluang Anwar jadi PM
ADS

PRK RANTAU | Peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri tidak akan terjejas walaupun PKR kalah dalam PRK Rantau, kata pemangku presiden Umno Mohamad Hasan.

"Apa kena mengena PRK Rantau dengan (Anwar jadi) perdana menteri?

"Tak timbul peluang Anwar tipis atau tidak (jika PKR kalah)," katanya yang juga calon BN dalam PRK itu ketika sidang media di Rantau hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengatakan Anwar akan menggantikannya.

"(Cuma) tak tahu bila dia (Mahathir) akan berhenti," katanya lagi.

PKR setakat ini menang di ketiga-tiga PRK yang ditandinginya selepas PRU ke-14.

Bagaimanapun Pakatan Harapan (PH) tewas di dua PRK terakhir - Semenyih dan Cameron Highlands. Ia memberi tekanan kepada Anwar selaku presiden PKR untuk menang dalam PRK ini.

Selain Mohamad dan calon PKR Dr S Streram, PRK Rantau turut ditandingi dua calon Bebas iaitu R Malar dan Mohd Nor Yasin.

Hari mengundi bagi PRK Rantau adalah 13 April.

Lihat Komen