malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PM: Kadar hutang tak lagi ganggu usaha tadbir, bangunkan negara
ADS

PARLIMEN | Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kedudukan kewangan negara kini bertambah baik dengan hutang yang kian berkurang susulan pertumbuhan Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK).

"Sekarang KDNK negara sudah meningkat. Apabila KDNK meningkat, peratus hutang menjadi kurang.

"Kedua, apabila kita selesaikan beberapa hutang, hutang kita sudah berkurang.

"Kini kita hampir mencapai (kadar hutang) yang mana ia tidak lagi menjejaskan usaha kita untuk mentadbir dan membangunkan negara," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkenaan status hutang negara.

Ahmad Maslan antara lain membangkitkan perbezaan angka RM1 trilion yang disebut Pakatan Harapan sebaik mengambil alih pentadbiran, dengan RM686 juta yang dinyatakan dalam beberapa laporan kerajaan.

Katanya, ia dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas serta kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat bahawa hutang negara pada kadar RM773.1 bilion tahun ini, meningkat RM87 bilion daripada 2017.

Pada Jun 2018, Mahathir berkata beliau merancang untuk menurunkan kadar hutang negara kepada RM880 bilion melalui pelbagai pendekatan. 

Lihat Komen