Pengiklanan

    Mat Hasan usul 'formula P Ramlee' agih kerusi Umno-PAS PRU15

    (Dikemaskini )

    PRK RANTAU | Pemangku presiden Umno Mohamad Hasan secara berseloroh mengemukakan kaedah pembahagian kerusi antara Umno dan PAS pada PRU ke-15 nanti.

    Berucap dalam ceramah di Felda Sendayan malam tadi, Mohamad mencadangkan dua parti itu menggunakan "formula P Ramlee".

    "Ini untuk kau, ini untuk aku, satu untuk kau, dua untuk aku," kata calon PRK Rantau itu disambut ketawa kira-kira 400 hadirin.

    "Ustaz (PAS) nak berapa (kerusi)? Lima? Ustaz ambil lima saya ambil 20. Ini di Negeri Sembilan. Di Kelantan kau ambil 20 aku ambil lima," katanya, sambil mengatakan kepada pemimpin PAS yang hadir beliau hanya bergurau.

    "Bergurau ustaz. Kita boleh (menang) Negeri Sembilan senang-senang."

    Sebelum memulakan kerjasama tahun lalu, Umno dan PAS secara tradisinya bersaing di kerusi majoriti Melayu yang sama ketika pilihan raya.

    Mohamad merujuk babak dalam filem Nujum Pak Belalang, ketika dua pencuri membahagi-bahagikan hasil curian mereka dari sebuah istana.

    Kunci lawan PH

    Ketika mengemukakan "formula" itu, Mohamad juga berkata PAS boleh bertanding di kerusi yang dirampas Pakatan Harapan (PH) daripada BN kerana pecah undi, seperti Labu dan Lenggeng.

    Katanya, pembahagian kerusi secara saksama akan menjadi kunci kepada BN dan PAS untuk mengalahkan PH pada PRU akan datang.

    "Apa yang penting, akhir ceritanya kita rampas balik Malaysia dari kerajaan PH, itu saja. Apa yang susah?" katanya lagi.

    Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu juga menyebut - secara tidak serius - tentang kemungkinan bertanding di peringkat Parlimen pada PRU akan datang.

    "(Pada PRU ke-15) saya tak akan bertanding di Rantau lagi, rasanya di parlimen pula.

    "(Tapi mungkin) Di Rantau pun bertanding, parlimen pun bertanding. (Tetapi) tak kan dapat girlfriend baru kita tinggal orang tua kita," katanya disambut sorakan hadirin.

    Belanjawan 2020
    • Infografik
      Carta & Graf
    • Kuiz
      Apa anda dapat?
    • Undian
      Suka atau tidak?
    • Laporan langsung
      Laporan langsung kami

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih