Pengiklanan

    PDRM tukar 3 pegawai

    (Dikemaskini )

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan tiga pertukaran pegawainya berkuatkuasa 29 April ini.

    Ketua Komunikasi Korporat PDRM SAC, Asmawati Ahmad dalam kenyataannya berkata tiga pegawai PDRM itu adalah Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus, Timbalan Ketua Pasukan Khas Eastern Command Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Jabatan Perdana Menteri ACP Muhamad Abdul Halim dan ASP(D7B) Pengawasan Jabatan Siasatan Jenayah Perak DSP Zulkepli Ibrahim.

    “Jawatan baharu Fadil adalah Ketua Penolong Pengarah (D7C) Anti Pemerdagangan Orang/ Penyeludupan Migran Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC manakala Muhamad akan menjadi Timbalan Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am(PGA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ulu Kinta, Perak,” katanya dalam kenyataan itu.

    Asmawati berkata, Zulkepli pula akan menyandang jawatan baharu sebagai Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu di Perak.

    - Bernama

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih