malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Inkues teliti rakaman video malam rusuhan
Diterbitkan:  Mar 29, 2019 4:11 PM
Dikemaskini: 9:11 AM
ADS

INKUES | Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim hanya terdedah kepada risiko cedera sepanjang 13 saat ketika malam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamaan Seafield tahun lalu, menurut Pengarah Institut Perubatan Forensik Kebangsaan, Dr Mohd Shah Mahmood. 

Ketika memberi keterangan di inkues kes kematian pegawai bomba itu hari ini, Mohd Shah berkata ia berdasarkan keputusan klinikal dan bedah siasat Adib serta rakaman video 46 saat rusuhan itu yang berlaku pada 27 November lalu.

Pengarah perubatan berusia 59 tahun itu merupakan saksi ke-27 memberi keterangan dalam inkues ini, menjawab pertanyaan daripada pegawai inkues, Hamdan Hamzah.

Hamdan menyoal Mohd Shah untuk menentukan waktu kemungkinan Adib mungkin cedera dalam rakaman video yang ditunjukkan di mahkamah hari ini.

Video itu menunjukkan jentera bomba Fire Rescue Tender (FRT) dan van Emergency Medical Rescue Services (EMRS) mengundur apabila didekati oleh kumulan perusuh dan berakhir dengan van itu dipandu keluar, dengan hujung bahagian belakangnya menghadap bahagian belakang lori.

Sebelum ini, pakar perubatan forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi ketika memberi keterangan di hadapan Mahkamah Koroner berkata autopsi HKL terhadap Adib menunjukkan kesan cederanya kemungkinan berpunca daripada dilanggar Emergency Medical Rescue Services (EMRS) ketika ia mengundur.

"Pada pandangan saya, corak kecederaan si mati tidak konsisten dengan akibat dipukul. Kecederaan toraks (bahagian badan yg dilingkungi tulang rusuk) bukan akibat dipukul objek tumpul seperti ditendang dan dipukul.

"Tiada kesan pada muka, abdomen, anggota atas dan bawah badan (seperti) dipukul atau mempertahan diri (daripada dipukul)," katanya

Hafizam berkata keterangan itu tidak menyokong dakwaan bahawa anggota bomba telah diseret keluar dari van EMRS semasa rusuhan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen