malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Doktor: Perlu lebih 18 saat untuk tarik Adib keluar dari van
ADS

INKUES | Pakar forensik perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata, perlukan lebih daripada 18 saat untuk mengheret anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim keluar dari van EMRS.

Dr Ahmad Hafizam berkata demikian sebagai menjawab soalan peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Luar Bandar.

Jelas Dr Ahmad Hafizam, yang menggambarkan Adib sebagai seorang yang terlatih, anggota bomba berumur 24 tahun itu akan melawan pihak yang mahu mengheretnya keluar dari van.

Dr Ahmad Hafizam juga berkata klip video 46 saat yang merakam kejadian rusuhan Seafield Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu tidak menunjukkan ALlahyarham Adib diheret keluar.

Klip video berkenaan memaparkan lori bomba (FRT) dan van EMRS berundur untuk mengelak sekumpulan perusuh.

Dr Ahmad Hafizam tampil memberi kenyataan pada inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini yang diadakan bagi menyiasat punca kematian Adib.

Syazlin: Kenapa anda menyimpulkan kecederaan (Adib) bukan dari kesan ditarik (keluar dari kerusi penumpang van EMRS)?

Dr Ahmad Hafizam: Tindakan menarik seseorang yang berbadan tegap dan merupakan pegawai terlatih akan menunjukkan lebih banyak kesan kecederaan kerana mempertahankan diri atau melawan.

Tindakan menarik seseorang (keluar dari kenderaan) akan mengambil masa. Saya ditunjukkan klip video 46 saat pada malam kejadian di mahkamah.

Daripada saat pertama (klip video itu) sehingga saat ke-28, ia menunjukkan mangsa masih berada di dalam kenderaan. Kita tak nampak situasi (Dengan jelas) kerana rakaman (lebih banyak) memaparkan bahagian bawah.

Jika kita mengambil kita 46 saat dan ditolak dengan 28 saat, hanya ada 18 saat (yang tinggal). Dalam 18 saat itu, terlalu singkat untuk perkara itu terjadi (menarik Adib keluar dari van EMRS).

Tindakan menarik seseorang yang berbadan tegap, yang boleh mempertahankan dirinya, akan mengambil masa lebih daripada 18 saat untuk mangsa mendapat kecederaan (seperti yang didapati ketika autopsi).

Syazlin: Tidak ambil masa lama untuk tarik seseorang keluar (dari kenderaan) kerana ia boleh terjadi sekelip mata. Saya boleh ditarik dalam masa satu saat.

Dr Ahmad Hafizam: Saya mengambil kira situasi seseorang dengan kebolehan untuk melawan semula atau mempertahankan dirinya. (Tapi) ada kemungkinan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen