Pengiklanan

    Gaji rendah: Reformasi undang-undang buruh, gesa BNM

    (Dikemaskini )

    Bank Negara Malaysia (BNM) menggesa kerajaan untuk memperbaiki undang-undang buruh dan memperbaharui pasaran buruh, berikutan hasil kajian yang mencadangkan pekerja di negara ini tidak mendaat selayaknya untuk kerja yang dilakukan mereka.

    Merujuk kepada para pekerja di AS, Australia, United Kingdom, Jerman dan Singapura, buruh Malaysia dibayar kurang daripada satu pertiga pada tahap produktiviti yang setanding.

    Ini berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Laporan Tahunan Bank Negara 2018, yang dikeluarkan kepada orang ramai hari ini.

    "Sekiranya pekerja Malaysia mengeluarkan output bernilai AS$ 1,000 (RM4,079), pekerja itu akan dibayar AS$340 (RM1,387) untuknya.

    "Gaji yang diterima oleh seorang pekerja di negara ekonomi penanda aras berkenaan dalam menghasilkan output yang sama, (akan dibayar) lebih tinggi pada AS$510 (RM2,080)," kata laporan itu.

    Walaupun ekonomi Malaysia terdiri daripada banyak industri yang berintensifkan tenaga buruh, ia memberikan pekerja gaji lebih rendah daripada pendapatan negara - sebanyak 35.2 peratus daripada KDNK - berbanding dengan gaji negara ekonomi penanda aras tadi (52.7 peratus).

    Kajian itu juga mendapati penciptaan jenis pekerjaan berkemahiran tinggi dan bergaji tinggi "tidak mencukupi".

    Dari tahun 2010 hingga 2017, bilangan pekerjaan berkemahiran rendah dan bergaji rendah meningkat sebanyak 4.6 peratus, manakala pekerjaan berkemahiran tinggi dan bergaji tinggi pula hanya meningkat setakat 2.8 peratus.

    Ini disertai dengan pengembangan industri yang berintensifkan buruh, yang membayar gaji yang agak rendah.

    Pembaharuan buruh 'kritikal'

    Mengulas mengenai dapatan hari ini, Gabenor Bank Negara Shamsiah Mohd Yunus menggesa pentadbiran PH memberi tumpuan kepada mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi dan bergaji tinggi jika mahu Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

    Beliau juga menggesa pembaharuan segera pasaran buruh supaya menegakkan upah pekerja Malaysia yang lebih adil.

    "Pembaharuan yang komprehensif adalah kritikal.

    "Menarik pelaburan berkualiti yang akan menjana pekerjaan mahir yang lebih tinggi harus menjadi tumpuan kami.

    "Selain itu, kami perlu mengurangkan penghantaran buruh, memperbaiki undang-undang buruh dan memastikan upah yang mencerminkan produktiviti," katanya.

    [Baca berita penuh]

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih