malaysiakini logo
story-image
ADS

PARLIMEN | Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini membentangkan belanjawan tambahan berjumlah RM19.63 bilion sebagai tambahan kepada belanjawan tahun lalu yang dibentangkan pentadbiran BN sebelum ini.

Kerajaan memohon dana sebanyak RM15,485,384,142 sebagai tambahan kepada perbelanjaan pembangunan dalam Belanjawan 2018, dan RM4,133,360,760 untuk perbelanjaan mengurus.

Peruntukan pembangunan dalam belanjawan yang dibentangkan Najib - ketika itu perdana menteri dan menteri kewangan - pada mulanya berjumlah RM46 bilion.

Antara penerima terbesar dalam belanjawan tambahan itu adalah Perbendaharaan yang sebanyak RM9.2 bilion, dan Kementerian Kerja Raya sebanyak RM1.97 bilion.

Lim memberitahu Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon bahawa beliau berhasrat agar bacaan kedua Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019 dibuat pada sidang kali ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen