malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bekas naib presiden MIC, 3 lagi maut dalam kemalangan
Diterbitkan:  Mar 27, 2019 11:02 AM
Dikemaskini: 3:06 AM
ADS

Empat lelaki, termasuk bekas naib presiden MIC S Balakrishnan, maut dalam satu kemalangan di Kilometer 33 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kulai, Johor.

Menurut The Star Online, kemalangan itu berlaku pada pukul 12.08 tengah malam tadi, selepas sebuah lori kontena hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan.

Laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan Balakrishnan bersama enam lagi dalam kenderaan tersebut. Empat daripadanya, termasuk Balakrishnan, meninggal di tempat kejadian, manakala tiga lagi cedera.

Pemandu lori tersebut pula dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Balakrishnan menjadi naib presiden MIC selama satu penggal, iaitu bermula 2013 hingga 2015.

[Baca berita asal]

Lihat Komen