malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mat Sabu: Tak adil salahkan Dr M atas keputusan kabinet
Diterbitkan:  Mar 26, 2019 4:47 PM
Dikemaskini: 9:44 AM
ADS

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mempertahankan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan menegaskan bahawa tidak adil menyalahkan beliau atas keputusan yang dibuat bersama kabinet.

"Setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dilakukan secara kolektif melibatkan perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri Kabinet.

"Adalah tidak adil bagi sesetengah pihak untuk menuduh perdana menteri membuat keputusan secara bersendirian," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambahnya, keputusan-keputusan yang diambil oleh kerajaan Malaysia dilakukan selepas berbincang dan mengambil kira pandangan semua pihak.

"Malahan dalam keadaan tertentu, perdana menteri bersifat terlalu demokratik dan mengalah apabila hujah anggota mesyuarat lebih baik.

"Perdana menteri juga tidak pernah memaksa pandangannya untuk diterima oleh anggota Kabinet.

"Anggota kabinet bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia," katanya.

Kenyataan yang dibuat presiden Amanah itu tidak menyebutkan secara spesifik pihak yang menyalahkan Dr Mahathir yang dimaksudkan.

Lihat Komen