malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Ada 'ulat' ambil kesempatan daftar pemohon bazar Ramadan - MP
Diterbitkan:  Mar 25, 2019 8:39 PM
Dikemaskini: 12:39 PM
ADS

PARLIMEN | Anggota Parlimen Batu, P Prabakaran menyarankan supaya​​​​​​ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenal pasti setiap permasalahan yang mungkin dihadapi pemohon tapak Bazar Ramadan dalam menguruskan sepenuhnya bazar itu bermula tahun ini.

“Contohnya, permohonan tapak Bazar Ramadan telah diadakan secara dalam talian. Ia memang menjimatkan kos tetapi berapa peratus daripada penjaja ini yang fasih dalam menggunakan teknologi.

“Maka akan ada ‘ulat-ulat’ yang mahu mengambil kesempatan dengan mengenakan caj untuk pendaftaran dalam talian itu kerana ada peniaga tidak mahir dengan teknologi,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan DBKL membuka permohonan lesen dalam talian untuk bazar Ramadan tahun ini pada 15 Februari lalu bagi mengendalikan sepenuhnya bazar tanpa campur tangan penganjur luar ​​​​​​​seperti badan bukan kerajaan, persatuan dan individu.

Ia mendapat bantahan peniaga yang mahu cara lama penganjuran Bazar Ramadan dikekalkan, namun DBKL​​​​​​ dilapor bertegas dengan keputusan untuk menguruskan sendiri ​​​​​​​sepenuhnya bazar itu.

Sidang Dewan Rakyat bersambung esok.

- Bernama

Lihat Komen