malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Guan Eng: Tak pasti Berita Harian, NST sebahagian k'jaan PH
ADS

Menteri Kewangan Lim Guan ENg masih tertanya-tanya sekiranya akhbar arus perdana seperti New Straits Times (NST) dan Berita Harian (BH) merupakan sebahagian daripada kerajaan PH.

Di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini, peguam Kek Boon Wei yang mewakili bekas pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow menyoal Lim, "adakah kamu mengatakan NST sebahagian daripada kerajaan?"

Terdahulu, ketika sesi pemeriksaan balas, Kek berkata" "Kamu katakan NST sebahagian daripada kerajaan ketika itu sebelum pilihan raya umum ke-14."

Lim segera menjawab: "Keadaan hari ini? Kami masih tertanya-tanya (jika NST, BH sebahagian daripada pentadbiran PH)."

Bekas ketua menteri itu menyaman Teng atas dakwaan memfitnah Lim berbohong mengenai kenyataannya melibatkan projek terowong bawah laut dan jalan raya di akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times (NST) dan akhbar berbahasa Melayu Berita Harian (BH) pada Januari tahun lalu.

Prosiding hari ini berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop, manakala peguam Simon Murali mewakili Lim.

Bersama kerajaan BN dulu

Ketika memberi keterangansebagai saksi hari ini, Lim bersetuju bahawa Teng mempunyai "kawalan ke atas editorial" dua akhbar arus perdana ini dalam laporan mengenai projek tiga jalan utama dan terowong bawah laut itu.

Lim berkata "ya" apabila Kek mencadangkan sekiranya NST dan BH merupakan sebahagian daripada kerajaan pada waktu itu dan Teng dapat mengawal apa yang diterbitkan.

Lim juga menjawa "ya" apabila Kek bertanya jika Teng mempunyai kawalan terhadap tajuk berita dan ringkasan berota, yang Lim dapati sebagai "fitnah."

Beliau juga mendakwa ramai orang yang bekerja dengan NST dan BH dikenal pasti bersama bekas kerajaan BN terdahulu.

Kenyataan Teng (gambar) yang didakwa memfitnah Lim muncul dalam tiga artikel yang diterbitkan dalam NST dan BH pada 17 Januari dan 19 Januari 2018, di mana bekas pengerusi Gerakan Pulau Pinang itu membayangkan dengan bertujuan untuk menyatakan Lim telah berbohong mengenai "tidak membayar satu sen" kepada kontraktor.

Teng telah menyangkal kenyataan itu dan mendakwa kerajaan Pulau Pinang telah membayar sebanyak RM11.2 juta kepada firma kejuruteraan HSS Integrated Sdn Bhd sebagai jurutera pemeriksa bebas (ICE) bagi projek terowong dan jalan raya.

Apabila ditanya tentang bayaran RM11.2 juta ringgit kepada ICE dan bukan kepada kontraktor, Lim menjawab: "Kerajaan memilih dan membayar ICE untuk "memastikan syarikat itu telus semasa pemeriksaan projek berkenaan."

Menurut beliau RM11.2 juta ini kemudiannya akan dituntut semula daripada kontraktor, sambil menambah projek itu belum bermula kerana terdapat beberapa laporan yang belum selesai yang diperlukan oleh Putrajaya, yang belum lagi dapat disediakan oleh kerajaan.

Perbicaraan masih berlangsung hari ini dan dijangka berterusan sehingga Khamis.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen