malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ahli akademik gesa polis bertindak terhadap pelaku sebenar
Diterbitkan:  Mar 23, 2019 9:40 AM
Dikemaskini: 1:40 AM
ADS

Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menggesa polis mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab selepas penyokong bekas perdana menteri Najib Razak menyerang pelajar Universiti Malaya yang mengadakan protes terhadapnya semalam.

Penyokong Najib membuat laporan polis terhadap pelajar berkenaan dengan menuduh mereka melakukan provokasi. 

Berikutan itu pelajar berkenaan ditahan untuk disoal siasat.

"Kami menyeru pihak berkuasa supaya tidak menahan dan mengganggu pihak lain yang tidak bersalah iaitu para pelajar.

"Sebaliknya, tindakan pantas harus diambil terhadap individu yang benar-benar melakukan kesalahan - mereka yang melakukan serangan terhadap pelajar UM," katanya.

Semalam, pelajar berkenaan mengadakan protes terhadap Najib dari seberang jalan sebuah restoran berhampiran pintu masuk ke Universiti Malaya.

Mereka memaparkan karikatur Najib seperti badut serta plakad yang mengutuknya berhubung skandal 1MDB.

"Imej video yang tidak diedit mengenai serangan itu jelas menunjukkan para pelajar dengan aman menjalankan tugas hak perlembagaan mereka untuk berhimpun dan menyatakan pandangan mereka tentang bekas perdana menteri.

"Kemudian, sekumpulan penyokong Najib tanpa rasa malu menyerang mereka," kata exco Gerak.

Pergerakan itu juga membantah penyokong Najib kerana cuba menjadikan isu itu sebagai isu perkauman.

"Dalam proses ini, dan dalam gaya hooligan, penyokong Najib memainkan isu perkauman dengan memutarbelitkan kritikan pelajar UM terhadap bos mereka sebagai 'menghina orang Melayu'.

"Ini kita kutuk sebagai dungu, pengecut dan rasis," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen