BERITA

Nelayan terperanjat jumpa mayat bayi dalam beg di tengah sungai

22 Mac 2019, 1:31 pagi

Dikemaskini 2 tahun lepas

A
+
A
-

Dua nelayan terperanjat besar apabila menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat di dalam sebuah beg galas yang dihanyutkan di tengah Sungai Beris Tok Ku, Penarik di Terengganu petang semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Zulkifli Mat Deris berkata nelayan berkenaan memberitahu pada mulanya mereka ternampak beg galas berwana biru yang timbul di tengah sungai itu semasa mereka hendak memasang bubu pada kira-kira pukul 5.00 petang.

Beliau berkata beg itu lalu diambil dan diletakkan di dalam perahu untuk diperiksa.

“Apabila beg galas dibuka, mereka terkejut besar apabila mendapati ada mayat bayi di dalamnya. Mereka kemudianya membawa mayat itu ke jeti dan menghubungi polis,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkifli berkata mayat itu dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut, dan menurutnya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Beliau seterusnya memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu untuk tampil membantu siasatan pihak polis.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.