malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Skandal projek RM30j: Pegawai kanan badan berkanun ditahan - SPRM
Diterbitkan:  Mar 21, 2019 7:02 PM
Dikemaskini: 11:02 AM
ADS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan sebuah badan berkanun bagi membantu siasatan skandal projek melibatkan badan berkanun berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 48 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber itu, siasatan awal mendapati pegawai kanan terbabit telah bersubahat bersama-sama tiga lagi individu yang telah direman Selasa lalu bagi mendapatkan kelulusan menawarkan perkhidmatan perisian sijil diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa sebuah suruhanjaya perkhidmatan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lelaki berkenaan pagi esok di Mahkamah Majistret Putajaya.

- Bernama

Lihat Komen