malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Tak ada panggung wayang, tapi HIV tinggi di Kelantan'
Diterbitkan:  Mar 21, 2019 5:57 AM
Dikemaskini: 8:43 AM

Seorang wakil rakyat DAP dari Perak membidas keputusan kerajaan PAS Kelantan terus enggan membuka panggung wayang di seluruh negeri itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Keranji Chong Zhemin berkata alasan mengelakkan masalah sosial yang diberikan adalah tidak logik dan tidak berasas sama sekali.

“Tiada bukti kukuh bahawa pembukaan panggung wayang akan menyebabkan peningkatan masalah sosial kerana panggung wayang dibenarkan di seluruh Malaysia, kecuali Kelantan.

“Kerajaan PAS juga harus jelaskan kenapa Kelantan catatkan kes HIV antara paling tinggi ketika panggung wayang diharamkan di negerinya?” soalnya.

Satu-satunya panggung wayang di Jalan Pos Office Lama, Kota Bharu ditutup pada 1990 selepas PAS mengambil alih kerajaan dari BN.

Dalam sidang DUN minggu ini, seorang Adun BN mencadangkan ia dibuka kembali dengan menggunakan konsep patuh syariah, tetapi tetap ditolak oleh kerajaan negeri.

Susulan itu Ahli Parlimen PAS Siri Zailah Mohd Yusoff berkongsi kenyataan Facebook Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang merupakan pensyarah dan penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia berhubung statistik kes HIV di Malaysia bagi tahun 2017.

Berdasarkan data yang dikongsikan Dr Rafidah, Selangor merupakan negeri yang mencatat jumlah kes paling tinggi iaitu sebanyak 15.7 peratus, diikuti Johor 15.6 peratus. Kelantan berada di tempat ketiga dengan 10.3 peratus.

Semantara itu, Chong juga menggesa Umno dan MCA menyatakan pendirian mereka terhadap keengganan PAS membuka panggung wayang.

"Saya menggesa MCA dan Umno menyatakan bantahan terhadap sekutu baru mereka yang enggan membuka panggun wayang di Kelantan. Pendirian PAS untuk mengharamkan panggung wayang adalah ekstrem dan tidak ada tempat di negara moderat dan pelbagai kaum di Malaysia.

"MCA pernah membantah pendirian PAS melarang panggung wayang di negeri itu sebelum ini," katanya.

Kali terakhir Kelantan mempunyai panggung wayang adalah pada 1990 sebelum PAS mengambil alih pentadbiran daripada BN. Panggung wayang itu terletak di Jalan Pos Office Lama, Kota Bharu.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lihat Komen