malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lim: K'jaan sudah jelaskan RM7.9b bayaran balik GST, cukai pendapatan
ADS

PARLIMEN | Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bayaran balik cukai pendapatan dan GST berjumlah RM7.9 bilion sudah dibayar setakat ini.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bayaran balik itu dibuat selepas kerajaan menerima RM8 bilion daripada RM30 bilion dividen khas yang dijanjikan Petronas.

"Dividen khas ini bersifat one-off dan sudah dibayar kepada kerajaan secara ansuran dan pembayaran balik kepada pembayar cukai juga sudah bermula sejak Januari lalu.

"Bagi 2019, setakat 28 Februari, RM8 bilion telah diterima daripada Petronas, dan RM7.9 bilion telah dibayar kepada pembayar cukai pendapatan dan GST," katanya ketika sesi soal jawab lisan.

Beliau menjawab soalan Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).

Jumlah RM7.9 bilion itu merangkumi bayaran balik cukai pendapatan berjumlah RM3.9 bilion yang dibuat antara Januari hingga Februari, manakala baki RM4 bilion untuk bayaran balik GST.

Lim berkata bayaran balik cukai pendapatan dibuat kepada 38,104 syarikat dan 37,672 penuntut lain.

Berhubung bayaran balik GST, beliau berkata kastam telah membayar RM4 bilion kepada 54,603 syarikat setakat ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen