malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Azmin: K'jaan tiada kapasiti untuk selamatkan MAS
ADS

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan tiada kapasiti untuk terus menyuntik dana bagi menyelamatkan Malaysia Airlines Berhad (MAS).

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan terus menyelamatkan MAS pada masa akan datang.

"Ia hanya (antara) pilihan, tetapi tentunya kita ingin melihat apakah pilihan terbaik yang ada.

"Ini kerana seperti yang disebut perdana menteri, kita telah menghabiskan wang yang banyak untuk lima tahun ini dan pada masa ini kita tiada kapasiti untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau amat menyayangi syarikat penerbangan negara itu tetapi kerajaan tidak mampu lagi menyelamatkannya.

Beliau berkata kerajaan sedang mengkaji sama ada perlu menjual atau tidak syarikat itu.

Sebelum ini pemilik MAS, Khazanah Nasional berkata separuh daripada RM7.3 bilion kemerosotan nilai pada 2018 - yang menyebabkan Khazanah mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.3 bilion - adalah daripada MAS.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika ditemui hari ini berkata kerajaan dan MAS perlu membuat keputusan berkenaan masa depan syarikat itu "secepat mungkin".

Lihat Komen