malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kes SRC: Mahkamah hanya terima satu permohonan Najib
ADS

Mahkamah Rayuan hari ini menolak tiga daripada empat permohonan bekas perdana menteri berkaitan kes SRC International.

Satu rayuan yang diterima mahkamah adalah permohonan Najib agar Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk menunjukkan surat pelantikan Sulaiman Abdullah sebagai ketua pendakwaan.

Mahkamah memberi masa tiga hari kepada AGC untuk memberikan surat itu kepada pasukan peguam Najib.

Hakim Zabariah Mohd Yusof yang mengetuai panel tiga hakim bersama-sama Lau Bee Alan dan Rhodzariah Bujang, berkata mereka sebulat suara membuat keputusan untuk empat permohonan itu.

Tiga permohonan lagi adalah untuk perintah bagi menghalang perbincangan awam tentang perbicaraan, penyerahan dokumen daripada pendakwaan, dan arahan pembatalan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk membenarkan AGC menarik balik sijil kebenaran untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Ketua peguam Najib, Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa mereka akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tiga permohonan tersebut di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan pendakwa raya V Sithambaram kemudian memberitahu pemberita AGC juga berhasrat membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah berkenaan surat pelantikan Sulaiman.

Shafee juga meminta arahan penangguhan perbicaraan sementara menunggu rayuan dibuat di Mahkamah Persekutuan.

Peguam Negara Tommy Thomas membantah perkara itu dengan berkata pendakwaan mahu memulakan perbicaraan secepat mungkin.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen