malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Pencemaran kimia: Sekolah ganti tertakluk kepada JPN Johor, kata menteri
Diterbitkan:  Mar 20, 2019 1:47 PM
Dikemaskini: 5:47 AM
ADS

Keputusan sama ada 111 sekolah di Pasir Gudang, Johor yang ditutup akibat pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim perlu menggantikan hari persekolahan mereka akan dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata kementerian ketika ini hanya mahu memfokuskan kepada soal keselamatan pelajar.

"Semua pengumuman sama ada ganti atau tidak tertakluk pada JPN Johor," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pembantu Tadbir (PT) Kementerian Pendidikan, di Kuala Lumpur hari ini.

Kementerian sebelum ini dilapor mengumumkan 111 sekolah berkenaan akan terus ditutup sehingga cuti pertengahan penggal satu yang bermula Jumaat ini hingga 30 Mac.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Maszlee menyarankan agar Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan) menjalin kerjasama dengan PT sekolah swasta ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Beliau turut mengisytiharkan 1 Okt setiap tahun sebagai sambutan Hari Pembantu Tadbir Pendidikan.

- Bernama

Lihat Komen