malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Blazer putih Adun Bukit Lanjan jadi isu
Diterbitkan:  Mar 20, 2019 12:33 PM
Dikemaskini: 5:14 AM
ADS

Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong tidak berpuas hati dengan tindakan Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim yang menegur caranya berpakaian yang didakwa tidak mematuhi etika pada sidang semalam.

Wong semalam memakai blazer putih yang dipadankan dengan kain biru muda serta kasut but merah.

Pemimpin PKR itu ketika dihubungi oleh Malaysiakini hari ini, berkata tidak ada peraturan yang melarang wanita memakai baju berwarna terang dan menambah bahawa dia mengenakan jaket yang sama beberapa kali selama bertahun-tahun sebelum ini tanpa masalah.

Menurut Wong, satu-satunya peraturan menetapkan adalah bahawa wakil rakyat wanita perlu berpakaian secara tertib serta memakai blazer.

"Speaker membuat keputusan itu pada jam 1 petang (semalam), yang merupakan masa tepat bagi sidang DUN berhenti rehat. Ini bermakna tidak ada ruang untuk mempersoalkan atau membahaskan isu itu.

"(Dan) apabila saya beritahu speaker bahawa 'warna pakaian' tidak terpakai kepada wanita, dan apabila saya menunjukkan kepadanya notis dari pejabatnya, dia kata bahawa dia membuat keputusan ketika itu, kata Wong sambil menyertakan gambar notis asal pemberitahuan mesyuarat.

 Adun selama tiga penggal itu turut berkongsi gambarnya yang memakai blazer putih yang sama ke sidang DUN Selangor pada 2016, 2017 dan 2018.

"Saya sering memakainya selama bertahun-tahun, termasuk penggal ini (semasa Ng adalah speaker).

"Ini tidak sepatutnya menjadi masalah.

"Dalam zaman ini, kenapa lelaki masih perlu menentukan bagaimana wakil rakyat wanita harus berpakian?" soalnya.

 Ng ketika memberi peringatan, semalam berkata semua Adun sepatutnya tahu etika pemakaian ketika sidang DUN berlangsung.

“(Adun) Bukit Lanjan sebagai contoh memakai putih (blazer). Pakaian yang dikenakan warna warni.

“Saya meminta semua ahli DUN supaya lebih berdisiplin dalam mematuhi etika pemakaian.

“Hari ini saya memberi amaran serta mengingatkan semua ahli DUN lelaki dan perempuan kena memakai blazer hitam atau berwarna gelap,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen