malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kenapa baru bangkitkan isu ECRL, kata Dr M pada pembangkang
Diterbitkan:  Mar 20, 2019 12:25 PM
Dikemaskini: 4:25 AM
ADS

Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenapa pembangkang baru sajak membangkitkan isu berkaitan kos berkaitan projek projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Katanya perkara itu sudah terlambat kerana persetujuan telah ditandatangani.

Kerajaan, kata perdana menteri, terpaksa merunding semula perjanjian RM81 bilion dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ketua Pembangkang Ismail Sabri semasa sesi soal jawab parlimen hari ini.

Beliau juga bertanya kembali kenapa Ismail tidak membangkitkan berkaitan kos rundingan dan pemilikan tanah untuk projek itu sebelum ini.

Mahathir juga berkata projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan pada skala yang sesuai apabila rundingan semula projek itu dengan China dimuktamadkan.

Kerajaan melantik Daim Zainuddin sebagai Utusan Khas perdana menteri bagi mengetuai proses rundingan semula dengan China supaya penyelesaian menang-menang dapat dicapai.

Lihat Komen