malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Umno dan PAS: Air dicincang takkan putus
Diterbitkan:  Mar 20, 2019 9:55 AM
Dikemaskini: 7:29 AM
ADS

Selepas Umno mengumumkan parti berkenaan 'bersanding' dengan PAS dua minggu lalu, kini naratif baru pula dipersembahkan oleh parti yang mentadbir Kelantan dan Terengganu itu.

Di sebalik pelbagai kenyataan - dan harapan - kesan perhubungan tersebut, pada 18 Mac Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak boleh 'berkahwin' dengan Umno.

Alasan Abdul Hadi, kedua-dua parti terbabit sebenarnya adik-beradik dan jika perkahwinan dijalankan ia akan membawa kesan amalan sumbang mahram.

Kenyataan anggota parlimen Marang itu sekali gus selari dengan pendapat anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Rais Hussin Mohamed Ariff yang dibuat sehari selepas PAS dan Umno bermusyawarah di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpu pada 5 Mac lalu.

"Perkahwinan politik PAS dan Umno adalah sumbang mahram. Ia melibatkan dua keturunan yang tercemar mengahwini satu sama lain untuk menutup perkara yang memalukan," katanya. 

Semalam Setiausaha Politik Abdul Hadi Syahir Sulaiman tampil untuk menjelaskan justifikasi dibuat bekas menteri besar Terengganu itu.

Kata Syahir hubungan kedua-dua parti kini memasuki fasa dinamik yang baru dan berlaku secara semula jadi.

Syahir berkata perkembangan berkenaan seumpama hubungan adik-beradik yang kembali bertaut selepas sekian lama berseteru.

"Perlambangan adik-beradik ini membawa 1,001 makna tersendiri, dan memberi dimensi baru terhadap prospek penyatuan ummah yang lebih cerah," katanya dalam satu kenyataan di media sosial semalam.


Baca Hadi: Kalau PAS-Umno kahwin, jadi sumbang mahram


Syahir yang juga pengarah strategi Pemuda PAS menambah usaha memulihkan hubungan adik-beradik tersebut adalah perkara yang baik dan perlu disegerakan.

Katanya seruan penyatuan dibawa PAS adalah di atas dasar Islam dan mengajak kepada penghayatan ajaran Islam yang sebenar, serta mengiktiraf peranan serta kedudukan masyarakat majmuk dalam Malaysia.

Kata Syahir usaha itu tidak disenangi pihak tertentu khususnya DAP dan Amanah apabila mereka mendakwa ia boleh mewujudkan negara Taliban.

Namun katanya hujah itu tertolak dengan sendirinya melalui pengalaman orang bukan Islam di Terengganu dan Kelantan.

"Biduk lalu kiambang bertaut, dan air yang dicincang tidak akan putus," katanya.

Lihat Komen