malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tajuddin: Ada motif Jepun beri pinjaman bon Samurai RM7.34b
ADS

PARLIMEN | MP Pasir Salak bertanya sekiranya terdapat syarat-syarat dalam pengeluaran bon Samurai dari Jepun bernilai RM7.34 bilion yang diberikan kepada Malysia awal bulan ini.

Ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini anggota parlimen BN, Tajuddin Abdul Rahman membangkitkan persoalan ini kerana menurutnya Jepun tidak dikenali dengan sifatnya yang "murah hati."

"Jepun menjadi pilihan kepada Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) padahal kita tahu Jepun bukan sebuah negara yang begitu murah hati, tanpa syarat atau beri pinjaman tanpa harapkan pulangan, samurai loan yang dijanjikan oleh Jepun ada motif di sebaliknya.

"Seperti yang kita dengar ada projek-projek pihak Jepun orang kata menunjukkan minat, sedang melobi untuk dapatkan projek-projek ini, kita kena faham dan jangan terlalu memikirkan seolah hanya Jepun sumber sokongan kepada negara kita ini," katanya.

Pentadbiran PH mendapatkan bantuan kewangan kerajaan Jepun bagi membayar balik pinjaman 1MDB dan hutang-hutang lain.

Bon berkenaan dijamin Japan Bank for International Cooperation (JBIC) dengantempoh matang (bayaran balik pinjaman) selepas 10 tahun dengan kos kepada kerajaan sebanyak 0.63 peratus setiap tahun.

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Malaysia bersedia untuk mempertimbang kemungkinan menerbitkan satu lagi Bon Samurai jika menerima kadar 0.63 peratus setahun sepertimana bon bernilai 200 bilion yen (kira-kira RM7.3 bilion) yang berjaya diterbitkan pada minggu lepas.

Sebelum ini Mahathir menjelaskan Jepun tidak mengenakan sebarang syarat dengan penerbitan bon Samurai tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen