malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Undi tak percaya: Kenapa Anwar melatah, soal Mohd Amar
ADS

Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah mempersoalkan sikap Presiden PKR Anwar Ibrahim yang menurutnya "melatah" berkenaan dakwaan undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir Mohamad yang dibangkitkan parti itu.

"Siapa bohong? Kita kata ada ura-ura undi tak percaya terhadap perdana menteri. Kalau tak jadi, tak apalah.Tetapi kenapa dia (Anwar) yang melatah?

"Saya pun hairan orang lain semua tak respons tetapi hanya Anwar yang beriya-iya respons dalam isu undi tak percaya. Jadi saya pun tertanya-tanya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian Sidang Dun Kelantan Penggal Kedua Kali Ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Beliau menjawab kenyataan Anwar bahawa PAS sudah tiada modal dan terpaksa "mencari modal baru" dengan berkata parti itu telah berjaya mengagalkan usaha undi tidak percaya terhadap perdana menteri dengan membongkarnya terlebih dulu.

“Tak apa, dia dah tak ada modal dan dia dah tak boleh jawab isu RM1.4 juta tu, dia cari modal baru," kata Anwar ketika ditanya pemberita semalam.

Selain Anwar beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain turut menafikan dakwaan itu, antaranya Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar berkata PAS tidak berbohong apabila membangkitkan perkara itu.

"Bukan bohong, macam saya kata sebelum ini perkara itu macam ramalan cuacalah.

"Perkara itu sudah habis, tapi parlimen belum habis bersidang. Cuma yang saya hairan dalam banyak-banyak wakil rakyat kenapa beliau yang sungguh-sungguh respons," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen