GLOBAL l Pihak polis New Zealand sedang memburu seorang lelaki bersenjata selepas dia menyerang sebuah masjid di Christchurch hari ini.
BBC yang memetik beberapa saksi melaporkan serangan di Masjid Al Noor itu mengakibatkan beberapa orang mengalami kecederaan.
“Pada mulanya kami menyangka ia adalah bunyi kejutan elektrik tetapi kemudiannya semua orang melarikan diri.
“Saya masih ada rakan dalam masjid tersebut. Saya takut sekiranya mereka ditembak,” kata saksi, Mohan Ibrahim.
Gambar pegun dari TVNZ / melalui video Reuters TV menunjukkan mangsa dikejarkan ke hospital.
"Keadaan serius dan penembak aktif. Kejadian berlaku di Christchurch,” kata Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush.