malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mindef mahu teruskan pembinaan kem Paloh, Hutan Melintang
Diterbitkan:  Mar 15, 2019 8:53 AM
Dikemaskini: 12:53 AM
ADS

PARLIMEN | Kementerian Pertahanan akan mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan untuk meneruskan pembinaan pengkalan tentera di Paloh, Johor dan Hutan Melintang, Perak.

Kementerian itu memberitahu Parlimen bahawa kem Paloh sudah siap 55 peratus, manakala kem di Hutan Melintang 47.4 peratus.

Katanya, kem tentera perlu disiapkan bagi menyediakan tempat tinggal kepada anggota tentera dan keluarga mereka, selain membantu ekonomi tempatan.

Ia dinyatakan dalam jawapan bertulis parlimen kepada Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang meminta pengesahan sama ada kem tentera di Bera, Segamat, Paloh dan Hutan Melintang akan dibina disebabkan pertimbangan politik.

Dalam jawapan itu, Kementerian Pertahanan berkata siasatan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan (JKSTUPKK) membayangkan kem-kem baru itu dirancang atas pertimbangan politik, bukannya kepentingan kerajaan.

"Bagaimanapun kami merancang untuk meneruskan kem (Paloh dan Hutan Melintang) kerana ia sudah pun berjalan," katanya.

Bulan lalu, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mendedahkan pembinaan dua kem itu melibatkan urus niaga pertukaran tanah dengan pihak swasta yang membawa kerugian kepada tentera.

Mohamad juga mendakwa pembinaan duak kem itu, serta dua lagi di Bera, Pahang dan Segamat, Johor, dimulakan oleh pentadbiran BN untuk tujuan politik.

Kesemua empat kem bertempat di kawasan parlimen yang ditandingi pemimpin tinggi BN pada PRU ke-14.

Lihat Komen