malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MIC gesa siasat pendedahan Sarawak Report isu Maika Holdings
Diterbitkan:  Mar 14, 2019 10:07 PM
Dikemaskini: 2:07 PM
ADS

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC menggesa pihak berkuasa segera menyiasat pendedahan terbaru Sarawak Report berhubung Maika Holding Berhad.

Dalam satu kenyataan media hari ini, P Punithan meminta pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera menyiasat pendedahan portal berkenaan.

"Saya memandang serius pendedahan ini dan satu-satunya cara untuk memastikan keadilan kepada 66,000 pemegang saham Maika Holdings Berhad suatu ketika dahulu dan kepada yang masih memegang saham berkenaan adalah dengan menjalankan siasatan yang telus dan terbuka

"Pihak polis dan SPRM harus menyiasat pendedahan ini secara terperinci dengan kadar segera," katanya.

Kenyataan itu dipercayai merujuk laporan Sarawak Report bertajuk 'Maika Papers Raise Further Concerns Over Shareholders Missing Money'.

Laporan yang disiarkan pada 13 Mac itu antara lain mendakwa bahawa dana RM140 juta "tersalah" masuk dalam sebuah syarikat milik seorang ahli peniagaaan.

Sementara itu, Punithan menggesa pihak yang disebutkan dalam laporan Sarawak Report itu tampil menjelaskan dakwaan berkenaan.

"Pemegang saham Maika Holdings Berhad terdahulu dan yang masih memegang saham berkenaan berhak mendapat tahu kebenaran," katanya.

Lihat Komen