Pengiklanan

    Anwar: Perancangan lemah punca pencemaran toksik


    (Dikemaskini )

    Perancangan yang lemah menjadi antara faktor berlakunya insiden pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

    Anggota Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim berkata insiden yang sedang berlaku ketika ini merupakan satu peringatan bahawa isu keselamatan dan isu pembuangan sisa toksik tidak boleh dipandang ringan.

    “Ini satu malapetaka yang besar dan sangat serius. Ia bukan bencana semulajadi tetapi terjadi kerana perancangan yang lemah.

    "Dalam usaha menarik pelabur kita tidak boleh ketepikan isu ini. Keselamatan rakyat dan anak-anak harus diberi keutamaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis Hi-Tea bersama polis Ibu Pejabat Polis Daearah Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

    Anwar berkata demikian sebagai mengulas mengenai pencemaran sisa bahan kimia dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, baru-baru ini.

    Jumlah mangsa terjejas insiden pembuangan sisa kimia, Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang ditempatkan di Medic Base, sejak 11 Mac hingga 12 tengahari tadi, merekodkan jumlah seramai 1,906 orang dengan 276 kes dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

    - Bernama

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih