malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kelantan catat permohonan kahwin bawah 18 tahun paling tinggi
Diterbitkan:  Mar 14, 2019 6:47 PM
Dikemaskini: 2:15 PM
ADS

Kelantan, Sabah dan Sarawak merekodkan jumlah tertinggi permohonan perkahwinan bawah umur 18 tahun melalui mahkamah syariah dari 1 Jan 2016 hingga 31 Dis 2018.

Berdasarkan data yang dikeluarkan parlimen, dalam tempoh tiga tahun itu Kelantan merekodkan 140 permohonan perkahwinan bawah 18 tahun, sementara Sabah sebanyak 112 permohonan dan Sarawak mencatat 104 permohonan.

Data yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof dalam jawapan bertulis semalam, tidak menyatakan berapa banyak permohonan yang diluluskan.

Melaka dan Pulau Pinang mencatat jumlah permohonan paling rendah, iaitu masing-masing 15 permohonan.

Mujahid mengeluarkan data itu sebagai menjawab soalan dari Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto yang ingi mengetahui jumlah perkahwinan bawah umur yang diluluskan mahkamah syariah dan mahkamah anak negeri Sabah dan Sarawak.

Kasthuri juga bertanya tentang perkembangan usaha kerajaan untuk menaikkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.

Mujahid berkata pindaan undang-undang masih dalam proses rundingan.

Ketika ini umur minimum perkahwinan adalah 16 tahun.

Bagi orang Islam, pengecualian boleh diberikan oleh hakim mahkamah syariah. Bagi bukan Islam, mereka boleh meminta kebenaran untuk mengahwini pasangan di bawah umur dari Jabatan Pendaftaran Negara, menteri besar atau ketu menteri negeri masing-masing.

Putrajaya ketika ini sedang cuba menaikkan umur minimum berkahwin kepada 18 tahun.

Kelantan, Sabah dan Sarawak merekodkan jumlah tertinggi permohonan perkahwinan bawah umur melalui mahkamah syariah dari 1 Jan 2016 hingga 31 Dis 2018.

Berdasarkan data yang dikeluarkan parlimen, dalam tempoh tiga tahun itu Kelantan merekodkan 140 permohonan perkahwinan bawah 18 tahun, sementara Sabah sebanyak 112 permohonan dan Sarawak mencatat 104 permohonan.

Data yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof dalam jawapan bertulis semalam, tidak menyatakan berapa banyak permohonan yang diluluskan.

Melaka dan Pulau Pinang mencatat jumlah permohonan paling rendah, iaitu masing-masing 15 permohonan.

Mujahid mengeluarkan data itu sebagai menjawab soalan dari Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto yang ingi mengetahui jumlah perkahwinan bawah umur yang diluluskan mahkamah syariah dan mahkamah anak negeri Sabah dan Sarawak.

Kasthuri juga bertanya tentang perkembangan usaha kerajaan untuk menaikkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.

Mujahid berkata pindaan undang-undang masih dalam proses rundingan.

Ketika ini umur minimum perkahwinan adalah 16 tahun. Bagi orang Islam, pengecualian boleh diberikan oleh hakim mahkamah syariah. Bagi bukan Islam, mereka boleh meminta kebenaran untuk mengahwini pasangan di bawah umur dari Jabatan Pendaftaran Negara, menteri besar atau ketu menteri negeri masing-masing.

Lihat Komen