malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
PM ke Pasir Gudang, Parlimen bahas usul isytihar darurat
Diterbitkan:  Mar 14, 2019 3:30 PM
Dikemaskini: 8:44 AM
ADS

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan ke Pasir Gudang petang untuk melawat mangsa pencemaran kimia, petang ini.

Mahathir dijangka tiba di Lapangan Terbang Senai pada pukul lima petang, dana akan berkunjung ke hospital dan pusat operasi Pasir Gudang.

Media dimaklumkan bahawa satu acara yang sepatutnya diadakan di Putrajaya petang ini, di mana Mahathir sepatutnya menyerahkan kad keanggotaan Bersatu kepada bekas anggota parlimen Umno Sabah, telah ditangguh kepada esok.

Setakat ini lebih 900 orang terkesan oleh pencemaran kimia dipercayai akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.

Lebih 200 orang pula dilaporkan ditempatkan di hospital selepas terdedah dengang as tersebut, sementara lapan lagi di unit rawatan rapi (ICU).

Semalam Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di daerah itu ditutup sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Sementara itu Dewan Rakyat telah meluluskan usul tergempar untuk membahaskan pengisytiharan darurat di Pasir Gudang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof meluluskan usul itu yang dibentang Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.

Ariff berkata usul itu akan dibahaskan bermula pukul 4.30 petang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen