malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Malaysia sedia kerjasama dengan Perancis siasat Scorpene'
ADS

PARLIMEN | Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini sekali lagi menyuarakan tawaran untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis yang sedang menyiasat skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Ia termasuklah dakwaan kaitan warga Mongolia mendiang Altantuya Shaariibuu dengan urus niaga kontroversi oleh pentadbiran BN itu.

"Memberi kerjasama kepada mana-mana pihak (untuk) membongkar kes-kes jenayah, itu memang menjadi dasar kita.

Siasatan sedang berjalan maka saya tak akan membuat ulasan tambahan berkenaan siasatan itu," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kes itu kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohamad menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Jelutong) berkenaan sama ada kerajaan akan bekerjasama dengan kerajaan Perancis berhubung skandal itu.

Katanya, ini kerana beliau dimaklumkan bahawa pihak berkuasa negara itu mendapati nama Altantuya terdapat dalam beberapa kontrak berkaitan pembelian kapal selam itu.

"Nama beliau didedahkan dalam kontrak penjualan Scorpene. Jadi ada kemungkinan Altantuya memang terlibat dalam pembeliannya yang kini dalam siasatan (atas dakwaan) rasuah," katanya. 

[Baca berita asal]

Lihat Komen