Pengiklanan

    Bersatu Sabah dijangka lancar 6 April

    (Dikemaskini )
    Bernama  |  Berita

    Bersatu dijangka dilancarkan di Sabah pada 6 April ini.

    Adun Sulaman, Hajiji Noor berkata pelancaran dijangka dibuat di Padang Merdeka di Kota Kinabalu.

    “Ya betul. (Pengerusi Bersatu) Dr Mahathir Mohamad akan lancar. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan (timbalannya) Mukhriz Mahathir serta pimpinan parti juga akan turut hadir,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Ditanya mengenai kedudukan beliau dalam parti, Hajiji yang dipercayai pengerusi penaja Bersatu Sabah berkata perkara tersebut akan diumumkan secara rasmi oleh pimpinan tertinggi parti itu.

    Baru-baru ini, akaun Facebook yang menggunakan nama Hajiji Liker memuat naik gambar Hajiji dan ADUN Karanaan Masidi Manjun bersama Muhyiddin serta beberapa individu lain dipercayai selepas menghadiri mesyuarat mengenai pelancaran Bersatu Sabah di Kuala Lumpur.

    Facebook itu turut menyatakan Hajiji sebagai pengerusi jawatankuasa penaja Bersatu Sabah.

    Pada 15 Feb lalu, Dr Mahathir mengumumkan Bersatu akan melebarkan sayapnya ke Sabah selepas perkara itu dipersetujui oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.

    -Bernama

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih