malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Iskandar: Terlalu awal untuk bincang UG dengan Umno
ADS

Naib Presiden PAS Iskandar Samad berkata terlalu awal untuk membincangkan penubuhan kerajaan perpaduan (UG) dengan Umno.

"Kita baru kerjasama di peringkat pilihan raya kecil saja, dan kita akan ke (PRK) Rantau. Fokus kita untuk menang di situ.

"Belum lagi bincang apa-apa (soal UG). Ia terlalu awal," katanya ketika ditemui pemberita di Seminar Perpaduan Nasional anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

Utusan Online semalam memetik pemangku Presiden Umno Mohamad Hassan sebagai berkata parti itu telah mencadangkan penubuhan "Kerajaan Penyatuan Ummah" dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti baru-baru ini.

Beliau berkata ia melibatkan empat negeri, iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis.

Nik Mohamad Zawawi

Setiausaha Majlis Syura PAS Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh pula bagaimanapun berkata Mohamad tidak salah apabila membuat kenyataan sedemikian.

"Ini kerana bila dia sebut kerajaan campuran antara PAS dan Umno, Majlis Syura telah pun berbincang dan putuskan kerjasama dengan parti lain yang kita kira tidak menggugat dasar diperjuangkan PAS adalah diterima.

"Jadi dengan isu yang ada sekarang, kalau dia (Mohamad) sebut macam tu, ia satu gambaran yang tidak bercanggah dengan PAS," katanya yang juga anggota parlimen Pasir Puteh.

Pada 5 Mac lalu, PAS dan Umno memeterai kerjasama secara rasmi susulan kemenangan Bn di PRK Semenyih yang dianggap ekoran kejayaan dua parti itu mendapat sokongan pengundi Melayu.

Lihat Komen