malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Pertahan LGBT di himpunan Hari Wanita salah guna demokrasi - Mujahid
Diterbitkan:  Mar 9, 2019 8:30 PM
Dikemaskini: 12:30 PM
ADS

Menteri Hal Ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa menzahirkan rasa terkejut kerana perarakan sambutan Hari Wanita di Kuala Lumpur hari ini digunakan untuk mempertahankan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Katanya, ini merupakan salah guna ruang demokrasi.

"Saya amat terkejut dengan tindakan segelintir pihak pada hari ini yang menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara yang salah disisi agama Islam.

"Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini. Mana mungkin, kita mengiktiraf suatu perbuatan yang salah disisi undang-undang," katanya pada hantaran di Facebook hari ini.

Lebih 300 orang berhimpun di ibu kota Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Wanita hari ini, termasuklah komuniti LGBT dan penyokongnya.

Himpunan itu memfokuskan pada lima tuntutan, iaitu menggesa supaya keganasan berdasarkan gender dan orientasi seksual dihentikan; melarang semua perkahwinan kanak-kanak; menjamin hak-hak wanita terhadap diri dan kehidupan mereka; memastikan gaji minima RM1,800 dan menghapuskan patriaki (ketuanan lelaki) dalam masyarakat.

Walaupun terdapat laungan, "jangan kacau LGBT" dan "hidup LGBT" ketika demontrasi, ucapan yang dibuat berkisar seputar lima tuntutan tersebut.

Sementara itu, pihak polis memaklumkan penganjur perhimpunan tidak ada permit. Justeru, Mujahid berkata beliau menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan.

"Berhubung himpunan pada pagi tadi, saya serahkan kepada Kementerian Dalam Negeri yang mempunyai kuasa perundangan untuk bertindak dan mengambil tindakan tegas," jelasnya

Lihat Komen