malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Anwar: Tangani Umno-PAS dengan ekonomi, program rakyat
Diterbitkan:  Mar 8, 2019 9:02 PM
Dikemaskini: 1:15 PM
ADS

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata keutamaan kerajaan persekutuan adalah menjana pertumbuhan ekonomi serta program yang memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata ia juga dapat menangani kerjasama Umno dan PAS serta kenyataan bersifat perkauman yang menurutnya dapat dilihat dalam perkembangan politik mutakhir ini.

"Apa yang diperlukan adalah Pakatan Harapan (PH) yang utuh dan bersatu, pimpinan yang peka terhadap penderitaan rakyat dan program ekonomi yang menjamin keselesaan semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

"Keutamaan negara menjana pertumbuhan ekonomi. Maka sebarang usaha mengkhianati amanah atau persefahaman bersama mengenai dasar dan kepimpinan akan dibantah keras," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar menyifatkan reaksi atas kekalahan PH dalam PRK Semenyih "dibuat secara gopoh" sedangkan sokongan daripada rakyat termasuk orang Melayu tidak banyak berubah.

Beliau dipercayai merujuk tanggapan beberapa pihak yang mengatakan PH semakin kehilangan sokongan pengundi Melayu.

Sehari selepas PRK itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali juga mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan tidak bersikap "apologetik" dalam melaksanakan janji melibatkan Melayu dan Bumiputera.

Dalam PRK Semenyih, anggaran Malaysiakini mendapati PH mendapat 37.73 peratus undi Melayu, menurun berbanding 44.25 peratus pada PRU ke-14.

Lihat Komen