malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bekas presiden Korea Selatan bebas lepas setahun dipenjara
Diterbitkan:  Mar 6, 2019 1:17 PM
Dikemaskini: 5:17 AM
ADS

GLOBAL | Bekas Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas hampir setahun meringkuk dalam penjara atas pertuduhan rasuah, lapor agensi berita Yonhap.

Mahkamah Tinggi Seoul pada 29 Jan telah membenarkan permohonan untuk ikat jamin yang dikemukakan Lee atas alasan keadaan kesihatan yang merosot dan sebab lain.

Lee, yang menjadi presiden dari 2008 hingga 2013, telah ditahan sementara menunggu rayuan berhubung hukuman penjara 15 tahun yang dijatuhkan ke atasnya selepas disabitkan dengan kesalahan rasuah, melakukan penyelewengan dan beberapa pertuduhan lain pada 5 Okt tahun lepas.

Mahkamah mendapati Lee adalah pemilik sebenar syarikat bahagian auto abangnya dan telah menggunakan kuasa beliau sebagai presiden untuk memberi manfaat kepada syarikat dan diri sendiri, termasuk menerima rasuah sebanyak 5.9 bilion won (US$5.2 juta) daripada Samsung.

- Bernama

Lihat Komen