malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mat Sabu: Kami sedia hadapi 'No-PAS'
Diterbitkan:  Mar 4, 2019 3:59 PM
Dikemaskini: 7:59 AM
ADS

AMANAH menyifatkan musuh politik mereka Umno dan PAS semakin intim ke arah pembentukan sebuah gabungan politik baru.

Perkara itu, katanya, lebih jelas melalui kerjasama dalam pilihan raya kecil sebelum ini, termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

“Isu gabungan Umno dan Pas atau 'No-PAS' yang sebelum ini bermula dalam gelap, kini sudah semakin menjadi realiti.

“Dalam perkembangan terbaru termasuk pilihan raya kecil Semenyih, hubungan kedua-dua parti ini semakin intim ke arah pembentukan sebuah gabungan politik.

“AMANAH menyeru seluruh pemimpin dan ahli untuk mengambil perhatian terhadap perkembangan terbaru ini,” kata presidennya Mohamad Sabu.

Dalam kenyataan hari ini, Mohamad berkata, pendekatan dan strategi baru perlu dirangka bagi menguasai pemikiran rakyat, khususnya orang Melayu dan Islam.

“AMANAH juga perlu bersedia untuk menghadapi serangan isu agama dan kaum ke arah penguasaan majoriti umat Islam dan rakyat Malaysia sekarang dan pada masa akan datang.

“Pendekatan Islam Rahmat Untuk Semua atau Rahmatan Lil Alamin perlu lebih menonjol untuk diterjemahkan dengan mengambil kira kewujudan pelbagai kaum dan agama di Malaysia,” katanya.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata mereka akan cuba menghadapi “politik tata baru” ini.

Lihat Komen