malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bersih buat 4 laporan polis terhadap PH, BN
ADS

PRK SEMENYIH | Badan pendesak pembaharuan pilihan raya Bersih memfailkan empat laporan polis terhadap PH dan BN, kata Pengarah Eksekutifnya Yap Swee Seng.

Katanya, laporan polis itu berkaitan kewujudan "pondok panas" untuk berkempen di sebuah pusat pengundian, aktiviti merayu undi di empat pusat pengundian serta anggota dan penyokong parti berkumpul di sekitar kawasan pusat pengundian.

Menurut Yap, PH dan BN mendirikan "pondok panas kempen" di pusat pengundian Bandar Rinching hari ini.

"Di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sahaja yang boleh mendirikan 'pondok panas'," jelasnya.

Yap berkata pemantau pilihan raya Bersih juga menyaksikan kegiatan merayu undi oleh penyokong kedua-dua gabungan di empat pusat pengundian, yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 26 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Pusat pengundian terbabit ialah di SMK Bandar Rinching, SK Rinching, SK Kantan Permai dan Sekolah Rendah Agama Batu 3.

Di Sekolah Agama Batu 3, kata Yap lagi, sebuah kenderaan dengan logo parti dilihat membawa penyokong ke pusat pengundian untuk membuang undi mereka.

Dia juga mengesyaki penyokong parti-parti politik mendapatkan identiti para pengundi di pusat pengundian.

Serah rakaman

Di bawah undang-undang, jelas Yap lagi, tiada siapa yang patut cuba untuk mengenal pasti identiti pengundi kerana undi adalah rahsia.

Bersih juga menyerahkan rakaman video dan gambar yang merekod dakwaan kesalahan tersebut.

Sementara itu, Yap berkata perundangan sedia ada terlalu umum dan gagal membezakan antara kesalahan besar dan kecil.

"Jadi, saya fikir SPR dan MP perlu meneliti usaha memperbaiki undang-undang pilihan raya.

"Hukuman perlu selari dengan kesalahan dan tahap keseriusan kesalahan," katanya lagi.

Bersih turut mencadangkan denda dikenakan kepada calon yang merayu sokongan pada hari pengundian, kerana kata Yap hukuman membatalkan kelayakan calon dilihat sebagai terlalu keras.

Malaysiakini telah cuba menghubungi PH dan BN bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen