malaysiakini logo
story-image
ADS

PRK SEMENYIH |  Anggota Parlimen daripada semua kaum perlu dilayan secara sama rata, kata Presdiden MCA Wee Ka Siong hari ini.

Beliau mengulas kenyataan 'penumpang' Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan baru-baru ini ketika menjelaskan terlalu ramai MP bukan Melayu di Dewan Rakyat.

"Saya fikir ianya selagi kamu dipilih, tanpa mengira kaum atau latar belakang pendidikan. Maksudnya selagi rakyat di kawasan parlimen mengundi kamu dan kamu menang pilihan raya.

"Tiada siapa patut mempersoalkan kenapa rakyat memilih orang ini atau orang itu," katanya pada sidang akhbar selepas sambutang ulang tahun ke 70 MCA di Kuala Lumpur.

Wee juga berkata MCA berpandangan semua rakyat Malaysia adalah setara.

Ketika ditanya lebih lanjut jika beliau bersetuju dengan kenyataan Mohamad, jawabnya: "Saya sudah mengatakannya dengan jelas, kamu tahu jawapan saya."

Ketika berkempen untuk BN pada Khamis malam lalu, Mohamad memberitahu hadirin suatu majlis ceramah bahawa orang Melayu dipinggirkan di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Katanya, orang yang patut menjadi tuan tanah telah menjadi penumpang dnegan rumah kecil, manakala orang dahulunya penumpang di tanah air kini tinggal di rumah besar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen