malaysiakini logo
story-image
ADS

ULASAN | Bagi yang mencari kebenaran, bukti-bukti sangat jelas. Bagi yang taasub sehingga tidak menggunakan akal dan hati yang Allah kurniakan, mereka akan terus memaki-hamun.

Persetujuan dicapai supaya bayaran daripada Abdul Hadi Awang kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown itu tidak dibuat atas arahan mahkamah tetapi atas persetujuan sukarela presiden PAS itu.

Kalau diarahkan oleh mahkamah dan direkodkan oleh mahkamah, maka nampak yang Abdul Hadi kalah dalam saman itu.

Tetapi penyokong PAS dengan lantang menjaja yang mahkamah tidak memerintahkan si penyaman yang menarik samannya untuk membayar kos, seolah-olah keputusan kes itu berakhir seri.


Baca: 'Siasatan' Rafizi dapati akaun bayar RM1.4j milik bos GLC


Rupa-rupanya ada perjanjian tepi (macam PM tepi) untuk membayar sejumlah RM1.4 juta kepada Rewcastle-Brown untuk mendapat persetujuan beliau bagi menghentikan kes itu.

Kalau diteruskan, sudah tentu lebih banyak terbongkar termasuk rakaman pengakuan pimpinan PAS menerima wang daripada Umno.

Surat arahan kepada bank dengan jelas menyatakan bahawa wang itu adalah bayaran dari Abdul Hadi untuk menyelesaikan samannya terhadap Clare Rewcastle Brown.

Dengan segala bukti ini pun, masih ramai yang ratib "fitnah", "kencing" dan "hancing".

Itu belum tanya lagi berapa ribu tin milo yang dipenuhkan dengan kutipan daripada ahli-ahli PAS untuk membayar kos yang mahal atas kesilapan strategi kingmaker dengan menjadi khadam Najib Razak?

Gara-gara bersekongkol dengan #MaluApaBossKu walau mencuri, PAS daripada parti yang dihormati kini dikenali sebagai:

  • Parti bohong syariah - berbohong itu boleh untuk menyembunyikan isu ambil wang daripada parti lawan.
  • Parti bayar lawan dan tarik saman - kutip duit daripada ahli yang miskin untuk bayar lawan dan tutup kemaluan yang lebih besar.

Betul kata Najib - di zaman sekarang ini, nak malu apa? Kalau curi berbilion pun tak malu, apalah yang nak dimalukan kalau setakat berbohong pasal ambil duit Umno atau bayar Clare Rewcastle-Brown untuk elak daripada kalah di mahkamah.

Ada juga yang PAS belajar daripada Umno.

 


RAFIZI RAMLI adalah naib presiden PKR.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.

 

Lihat Komen