malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Muhyiddin semak dakwaan nombor MyKid anak Indira ditukar
ADS

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan meneliti dakwaan sebuah NGO bahawa nombor MyKid anak perempuan Indira Gandi telah ditukar.

"(Isu ini) di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Apa-apa pun saya akan semak," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Pasukan Tindakan Indira Gandi (Ingat) minggu lalu.

Pengerusi Ingat Arun Dorasamy membuat dakwaan itu kerana rekod anak perempuan Indira, Prasana Diksa tiada dalam pengkalan data Kementerian Pendidikan.

"Daripada pasukan siasatan kami, kami tahu dia tidak ditemui dalam mana-mana pengkalan data sistem pendidikan.

"Kami syak ada langkah mengeluarkan nombor pengenalan baru secara tidak sah, dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)," kata Arun.

Pada 26 Februari lalu, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata polis tiada petunjuk baru mengenai lokasi Prasana serta bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah.

Lihat Komen